Berita Terkini

Yang Di-Pertua PSSCMUIAM(pj)

YDP-pjBismillahirrahmanirrahim.Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, masih kita kekal dalam usaha untuk memperjuangkan matlamat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan sama-sama kita menyiapkan Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM.

Laman web ini telah ditubuhkan bagi menjadi medium bagi ahli-ahli untuk berkongsi idea ataupun pendapat seterusnya dapat menyatukan ahli-ahli PSSCMUIAM selaras dengan saranan Guru Utama iaitu Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah iaitu mahu semua ahli-ahli PSSCM untuk Bersama dan Bersatu.

Tidak dilupakan kepada penyelia kelas latihan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia PAUIAPJ yang telah banyak menyumbangkan idea-idea yang bernas serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada laman web ini untuk terus menjadi wadah kepada ahli-ahli persatuan ini untuk terus berhubung antara satu sama lain.

Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir PAUIAPJ khususnya dari Unit Sukan dan Rekreasi yang menyokong seratus peratus dalam penubuhan laman web ini. Semoga pihak pentadbir akan terus menerus menyokong Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia PAUIAPJ dalam mengembangkan lagi persatuan ini di bumi UIAM.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak PSSCM PAUIAPJ kerana memberi kepercayaan serta amanah kepada saya untuk dilantik sebagai Yang Di Pertua PSSCM PAUIAPJ bagi sesi 2014/15. Diharapkan semua ahli dapat memberi komitmen dalam gerak kerja persatuan ini,bak kata Guru Utama, ‘Bersama dan Bersatu’ .

Akhir kata, saya juga berharap semua ahli PSSCM mendapat manfaat serta memahami intipati sebenar perjuangan PSSCM. Tanpa kita sedari ,nilai insaniah dalam diri semakin meningkat apabila diri aktif berpersatuan. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

 

ABD HAKIM BIN AB MAJID

Yang Di-Pertua

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM Petaling Jaya

 

Leave a comment