Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-15
-2
hours
0
0
minutes
0
0
seconds
-1
-5

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

Penyelia PSSCMUIAM(Pj)

 

ust kaharAlhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dan syafaat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat Guru-guru serta karamah ibu bapa kita, maka Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sentiasa maju langkah demi langkah ke hadapan.

Kini ,tahun 2014 sudah 26 tahun usia PSSCM PAUIAPJ . Persatuan ini merupakan persatuan beladiri yang bergerak di bawah penyeliaan Unit Sukan dan Rekreasi UIAM dan telah menjadi salah satu persatuan yang paling aktif di PAUIAPJ.Dari masa ke semasa, PSSCM PAUIAPJ juga telah menarik minat ramai pelajar di PAUIAPJ untuk mendalami ilmu cekak yang pada hakikatnya bukan sekadar silat. Mudah-mudahan laman web ini dapat mencapai objektif utamanya iaitu menjadi wadah penting dalam mengeratkan hubungan antara ahli-ahli serta bekas ahli PSSCM PAUIAPJ, dan mengemaskinikan pengkalan data ahli-ahli dan bekas ahli. Objektif ini amat bersesuaian dengan pendidikan yang diterapkan oleh Y.M Guru Utama dan Presiden PSSCM sekarang Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, iaitu menyemai semangat bersama dan bersatu di kalangan ahli-ahli PSSCM serta memacu usaha untuk mencapai wawasan dalam memartabatkan silat Melayu.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang menyokong penubuhan laman web ini dan mengalu-alukan sumbangan berterusan daripada semua pihak dalam apa jua bentuk, dari masa ke semasa. Saya berharap banyak program dapat dilaksanakan oleh pelajar di PAUIAPJ untuk menjadi pemangkin kepada kualiti kepimpinan dalam diri semua mahasiswa PSSCM.

Sekian , terima kasih.

TUAN HAJI USTAZ KHAHARUDDIN BIN ABD RAHMAN

Penyelia Kelas Latihan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pusat Asasi Petaling Jaya, Selangor

 

Leave a comment