Yang Di-Pertua PSSCMUIAM(kuantan)

nazmiAlhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya serta berkat kekasih-Nya Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat Guru-Guru silat cekak, karamah dan hikmah ibu dan bapa, dapatlah kita sama-sama menyiapkan laman web PSSCMUIAM ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan jawatankuasa laman web PSSCMUIAM secara amnya dan PSSCMUIAM Kuantan secara khususnya kerana telah bertungkus-lumus menyiapkan dan mengumpul segala maklumat yang diperlukan demi menyiapkan laman web ini. Semoga segala usaha, wang ringgit dan tenaga yang dicurahkan diberkati Ilahi.

Penubuhan laman web ini adalah sesuatu yang baik dalam usaha menyebarkan maklumat kepada ahli akan perkembangan silat cekak di UIAM. Melalui laman web ini juga, segala maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan berkesan kepada ahli. Laman web ini juga dapat menjadi wadah bagi penyatuan ahli-ahli PSSCMUIAM secara khususnya dan PSSCM secara amnya. Selain itu, segala maklumat dan data berkenaan ahli-ahli dan bekas ahli juga dapat disimpan dan direkodkan. Ini sangat membantu dari segi rekod sejarah PSSCMUIAM sendiri.

Harapan saya, penubuhan jawatan kuasa laman web PSSCMUIAM Kuantan dapat menjadi satu wadah kepada perkembangan silat cekak di IPT ini. Akhir kata saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penubuhan laman web ini.Diharapkan kepada seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM agar terus menyokong dan memberi kerjasama bagi mencapai matlamat, misi dan visi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dalam bersatu untuk memartabatkan silat melayu.

Sekian,wassalam.

 

MUHAMMAD NADZMI B. CHE RAMLI

Yang di-Pertua

Persatuan Seni SIlat Cekak Malaysia UIAM Kuantan .

 

 

Leave a comment