Penyelia PSSCMUIAM(Gambang)

Capture

 

Alhamdulillah segala puji hanya layak bagi  Allah yang melimpahkan nikmat taufik dan hidayah kepada kita untuk kita teruskan perjuangan menegakkan kalimah tauhid.Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Nabi  Muhammad SAW, para sahabat dan As-sahabiah, Ahlul bait dan kepada  Guru-guru  utama PSSCM yang banyak menabur bakti di dalam perjuangan ini.

Ini merupakan satu penghormatan kepada saya untuk member sepatah dua  kata sebagai Penolong penyelia kelas latihan PSSCMUIAM Gambang.Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana laman web PSSCMUIAM kerana Berjaya menghasilkan sebuah laman  web  menarik, padat dan berinformatif. Penghasilan laman web  ini saya lihat amat signifikan memandangkan usia PSSCM bertapak di UIAM sudahmenjangkau 25 tahun.

Walaupun ini merupakan kali pertama kali saya meneroka laman web PSSCM namun saya amat kagum kerana kandungannya yang member banyak maklumat kepada ahli dan bekas ahli. Boleh saya katakan di sini laman web PSSCMUIAM merupakan satu pengkalan data yang amat tersusun dan sistematik.Saya tertarik dengan satu bahagian yang menunjukkan bekas-bekas YDP PSSCM dan bekas-bekas ahli yang telah Berjaya menjadi orang yang disegani di luar.

Sebagai penolong penyelia kelas pertama  di PSSCMUIAM Gambang, saya  sedar tanggungjawab yang besar dipikul oleh saya untuk meneruskan legasi  PSSCM di UIAM. Oleh, itu saya memohon doa daripada saudara-saudari agar perjalanan kami di Gambangakan sentiasa dirahmati Allah.

Akhir  kata, saya berharap agar laman web ini akan menjadi wadah penting dalam meneruskan perjuangan silat cekak  di UIAM.  Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan pelaksana laman web ini dan diharapkan  agar usaha ini dapat diteruskan pada masa akan dating.

Sekian.
En. Ahmad Fairuzullah bin Ahmad Tajuddin

Penolong Penyelia Kelas

PSSCMUIAM Gambang, Pahang

 

Leave a comment