Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-15
-3
hours
0
-1
minutes
-5
0
seconds
-2
-9

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

Penasihat PSSCMUIAM(pj)

Untitled-1Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah Rahmat dan kurniaNya, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya, dapat bergiat aktif dengan prestasinya yang amat memberangsangkan kerana sentiasa mampu menarik ramai ahli dan menjalankan pelbagai aktiviti. Sebenarnya saya berbangga menjadi ahli persatuan ini.PSSCM mampu memberi pembaharuan terhadap tahap keyakinan serta keberanian ahli-ahlinya dan seterusnya membentuk emosi, rohani, dan jasmani ke arah yang lebih positif.Di samping itu, nilai persaudaraan yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli PSSCM telah menjadi tunjang kepada pencapaian nilai jati diri yang tinggi dan perpaduan yang kental dalam diri lulusan Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya. Tahniah PSSCM kerana telah sekian lama setia melakar sejarah dan kenangan manis bersama-sama UIAM.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan PSSCM PAUIAPJ kerana dengan berkat kerjasama dan usaha yang dipupuk antara ahli, akhirnya laman sesawang rasmi persatuan ini berjaya diwujudkan.Ini membuktikan perjuangan silat cekak adalah selaras dengan perkembangan semasa. Sekaligus mengiktiraf PSSCM PAUIAPJ sebagai contoh kepada IPT lain sebagai sebuah persatuan yang mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas disamping ahli yang sentiasa bersedia memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada persatuan.

Laman sesawang PSSCM UIAPJ ini secara jelasnya menampakkan tujuan utama pembinaannya iaitu bertindak sebagai wadah penyatu antara ahli yang masih belajar di dalam PAUIAPJ mahupun yang telah menamatkan pengajian. Selain itu, ia juga bertindak sebagai medium bagi setiap ahli berhubung dan menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan jitu. Secara tidak langsung, ini telah membuktikan bahawa silat cekak membawa tiga elemen penting iaitu persilatan, perguruan dan persatuan.

Sekian, terima kasih.

EN.SYED MUHAMMAD TAZRIN BIN SYED MUSTAFFA

Penasihat,

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM Petaling Jaya.

Leave a comment