Penasihat PSSCMUIAM(kuantan)

a.azmi

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya serta berkat kekasih-Nya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, berkat Guru-guru SilatCekak, karamah dan hikmah kedua-dua ibu dan bapa, dapat sama-sama kita menjayakan laman web rasmi PSSCMUIAM .Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Webteam PSSCMUIAM kerana memberi peluang kepada saya untuk melakar tinta di laman web ini.

Sebelum itu, sekalung tahniah saya ucapkan kepada ahli-ahli Webteam PSSCMUIAM Kuantan yang baru dilantik pada bulan Mac 2014 yang lepas memandangkan ini merupakan penubuhanWebteam yang pertama dalam sejarah PSSCMUIAM Kuantan . Semoga kalian komited dan bertanggungjawab dalam menjalankan amanah ini.Saya percaya dengan usaha ahli Webteam dalam menyebarkan maklumat mengenai Seni Silat Cekak Malaysia dapat mendekatkan lagi hubungan kita dengan ahli serta masyarakat.Hal ini demikian kerana penyebaran maklumat melalui laman web merupakan medium yang paling efektif pada abad ini.

Di samping itu, masyarakat juga dapat mengenali dengan lebih dekat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia khususnya di UIAM Kuantan ini. Melalui info-info yang terdapat di dalam laman web ini, masyarakat juga berpeluang untuk mengetahui sejarah Seni Silat Cekak Malaysia, aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh persatuan, kelas latihan dan sebagainya.Usaha ini juga secara tidak langsung bakal menarik minat mereka untuk mempelajari Silat Cekak yang sememangnya menjanjikan banyak manfaat untuk mereka dalam pelbagai aspek.

Saya difahamkan Webteam PSSCMUIAM Kuantan bergabung tenaga dengan Webteam PSSCMUIAM Gombak dalam mengemaskini laman web PSSCMUIAM. Besar harapan saya agar kalian bekerjasama dengan baik dalam melahirkan laman web yang informative dan interaktif ini.

Akhirsekali, saya berharap usaha kita dalam meluaskan maklumat kepada masyarakat tidak terhenti di sini sahaja.Semoga dengan tertubuhnya Webteam ini menjadikan persatuan kita lebih maju kehadapan dan terus menjadi wadah penyatuan bangsa Melayu Islam yang mampu mentadbir, selari dengan moto PSSCM, “Bersama Bersatu”.

 

Sekian, wassalam

EN.Mohamad Noor Azmi b Mohd Ibrahim

Penasihat

Perssatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM Kuantan

 

 

 

 

Leave a comment