Sejarah & pengenalan(Kuantan)

uia kuantan Sejarah awal Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan telah dicetuskan dan dicadangkan oleh saudara Muhammad Fakhrizal Bin Mohamad dan Muhammad Adil Bin Abdul Wahabiaitu alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Gombak di atas nasihat Ustaz Khaharuddin Bin Abdul Rahman, Penolong SetiausahaAgung 2 PSSCM. Setelah beberapa perbincangan berkenaan penubuhan persatuan silat cekak dilakukan, mereka telah membuat kertas kerja yang dilengkapi dengan Perlembagaan persatuan untuk dihantar kepada Pusat Pembangunan Pelajar UIAM. Mereka berdua telah berjumpa dengan saudara Mohd.Danial, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar pada Oktober 2010.

Beberapa hari kemudian, saudara Mohd. Danial menghubungi saudara Muhammad Adil untuk memberitahu bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah pun didaftarkan pada tahun 2006 tetapi tidak bergiat aktif. Sehubungan itu, saudara Muhammad Adil dan saudara Muhammad Fakhrizal hanya menyediakan kertas kerja berkaitan Perlembagaan Pembukaan kelas sahaja kepada Pusat Pembangunan Pelajar. Sebelum Mesyuarat Agung Tahunan pertama dilakukan, PSSCMUIAM Kuantan telah mengadakan Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Sementara yang dihadiri oleh 4 orang pemerhati iaitu saudara Mahammad Fakhrizal Bin Mohamad, saudara Muhammad Adil Bin Abdul Wahab, saudara Rasyid Bin Aziz dan saudara Muhammad Syahran Bin Che Mat serta dihadiri oleh 13 orang ahli yang lain yang bertempat di Bilitempat latihan2k Tutorial, Kuliyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 30 Disember 2010, jam 8.00 malam. Kemudian secara rasminya PSSCMUIAM Kuantan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama yang dilakukan selepas Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Sementara dilakukan dan dihadiri tetamu kehormat iaitu saudara Ustaz Khaharuddin Bin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung 2 PSSCM dan saudara Yusof bin Hussin, Penyelia Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh saudara Muhammad Fakhrizal Bin Mohamad ini telah sebulat suara melantik saudara Muhammad Hisyam B. Zulkefli sebagai Yang Di-Pertua, saudara Muhammad Hafizzudin B. Che Muhammad sebagai Naib Yang-Dipertua, saudari Nur Faseeha Bt Zainal sebagai setiausaha dan saudari Nur Lina Iryani Bt Abu. Majid sebagai bendahari. Sejurus selesai Mesyuarat Agung Pertama, kelas pertama yang diadakan pada setiap selasa dan rabu dan bertempat di tasik berhadapan Mahallah maimunah terus dijalankan.

Setelah mesyuarat dilakukan, ahli jawatankuasa PSSMUIAM Kuantan serta ahli yang lain seramai lebih kurang 13 orang telah mengatur strategi yang berkesan untuk menarik lebih ramai lagi pelajar dan staf UIAM Kuantan untuk mempelajari seni pertahanan diri terutamanya silat cekak. Perbincangan telah diadakan dan ‘Cekak Week’ julung kali diadakan dan telah dijalankan dengan menjemput Skuad demo yang diimport khasdari UMP untuk membuat demo pada majlis penerangan.

Hasil daripada usaha gigih ahli silat cekak dalam mempromosikan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, seramai 14 orang yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai kulliyah dan staf UIAM telah pun diijazahkan – asas(7 lelaki dan 7 perempuan). Mereka telah diijazahkan di rumah persatuan Cawangan Pahang yang terletak di Tanjung Api oleh Guru Utama, Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah sendiri dan dihadiri oleh institusi-institusi pengajian lain seperti UNITEN, POLISAS, UMP dan UITM. Pada masa yang sama, UIAM Kuantan telah menghantar seorang wakil untuk mengambil Ujian Sjil Rendah (USR) iaitu saudara Muhammad Hisyam B. Zulkefli.Aktiviti yang dianjurkan oleh PSSCM di Peringkat Kebangsaan mula dihadiri oleh ahlijawatankuasa PSSCMUIAM seperti Kursus Pentadbiran IPT yang bertempat di UPM pada tahun yang sama.

 

Leave a comment