Ramadhan Al-Kareem

days
0
-13
-2
hours
-2
-3
minutes
-1
-1
seconds
-2
-5

Majlis Penghargaan Webteam PSSCMUIAM: AJK MAC Selangor kali ke-32

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.,

AlhamduLillah, Webteam PSSCMUIAM telah mengadakan satu Majlis Penghargaan yang diadakan pada hari Jumaat, 27 April 2018, bertempat di Restoran Nelayan, Gombak.

Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli jawatankuasa (AJK) Webteam yang terlibat dalam gerak kerja perlaksanaan Mesyuarat Agung Cawangan (MAC) Selangor kali ke-32. Majlis ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang wakil Tenaga Pengajar (TP) PSSCMUIAM, selain AJK Webteam yang terlibat dari kalangan pelajar mahupun alumni.

Majlis ini telah diserikan dengan sesi ucapan daripada wakil AJK Tertinggi PSSCMUIAM, wakil Alumni Webteam PSSCMUIAM serta wakil TP PSSCMUIAM. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pasangan alumni, En. Amizamri dan Pn. Hidayah atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK MAC Selangor yang terlibat, dan juga kepada semua yang telah hadir menyerikan majlis ini terutamanya barisan TP PSSCMUIAM. Semoga hubungan baik antara PSSCMUIAM dan PSSCM Cawangan Selangor akan sentiasa berterusan dan seterusnya sentiasa memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Fb/Ig: PSSCMUIAM
www.psscmuiam.org

#Selangor
#Webteam
#PSSCMUIAM

 

Trackback from your site.