MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCMUIAM KUANTAN SEM 1 SESI 2017/2018

Written by Al-Hakim on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

Alhamdulillah, pada Jumaat, 22 Disember 2017 telah berlangsung Majlis Penangguhan Kelas bagi kelas latihan UIAM Kuantan, bertempat di Wackos, Kulliyah of Science.

Majlis yang diadakan pada setiap semester ini telah dihadiri oleh 46 orang ahli PSSCMUIAM Kuantan, para tenaga pengajar serta wakil dari Sports Departments UIAM Kuantan, En. A’sri Bin Shapiai.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan selawat badariyyah, serta ucapan dari Yang DiPertua PSSCMUIAM Kuantan, Muhammad Ruzairie Bin Rusli, wakil tenaga pengajar, En. Yuzri Izli Bin Abdul Wahid Penolong Penyelia PSSCMUIAM Kuantan, En Mohd Noorazmi Bin Mohd Ibrahim serta ucapan Penolong Pegawai Unit Sukan UIAM Kuantan, En. A’sri Bin Shapiai. Majlis ini juga telah dimeriahkan lagi dengan persembahan demonstrasi oleh Skuad Puteri PSSCMUIAM Kuantan yang telah memenangi tempat ke-2 keseluruhan pada Kejohanan Waja Diri 8 Di UITM Pulau Pinang.

Diharapkan agar semua ahli PSSCMUIAM Kuantan terus aktif di dalam persatuan, serta menperoleh kejayaan dalam peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga berjumpa lagi pada sesi yang akan datang.

Terrima kasih & tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Website: www.psscmuiam.com
Facebook: www.facebook.com/psscmuiam
Instagram: www.instagram.com/psscmuiamkuantan

Trackback from your site.