Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
-6
-3
hours
-1
-9
minutes
-2
-6
seconds
-5
0

Berita Terkini

  • Selamat Hari Guru Diucapkan Kepada Seluruh Guru-Guru di Malaysia. Ikhlas Daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • SAMBUTAN 30 TAHUN PSSCMUIAM
  • 30 YEARS CELEBRATION OF PSSCMIIUM

PERSIDANGAN ‘”Towards The Renascence of Muslim Future Thinkers: Vision TN50 OF Malaysia”

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

:: PERSIDANGAN ‘”Towards The Renascence of Muslim Future Thinkers: Vision TN50 OF Malaysia” ::

20 november 2017

Bersempena dengan sambutan Putrajaya sebagai “OIC YOUTH CAPITAL 2017” , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah terpilih menjadi tuan rumah kepada persidangan yang bertajuk “Towards The Renascence of Muslim Future Thinkers: Vision TN50 OF Malaysia”. Seramai 7 orang ahli PSSCMUIAM menyertai persidangan ini.

Persidangan dimulakan dengan ucaptama yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr Zaleha Kamaruddin, Rektor UIAM dan Encik Abdurrahman Topbaş, Naib Presiden ‘ICYF-DC’, mewakili Amb. Elshad Iskandarov, Presiden ‘ICYF-DC’.

Persidangan diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Y.B. Brig. Gen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Seusai perasmian, persidangan ini diteruskan dengan 4 sesi forum, setiap satunya disertai oleh 4 orang ahli akademik yang dijemput khas untuk membincangkan tentang isu-isu penting yang berkaitan dunia Islam.

Seramai 150 pelajar dari semua peringkat pendidikan tinggi dari negara ‘OIC’ telah menyertai persidangan ini. Diharapkan agar persidangan seperti ini terus diadakan pada masa akan datang dan memberi

 

manfaat kepada umat Islam sejagat, khususnya kepada ahli PSSCMUIAM.

Website: www.psscmuiam.org
Facebook&Instagram: PSSCMUIAM

#psscmiium #psscmuiam #psscm #iium #uiam #tn50 #oic #oicyouthcapital2017 #im4u #mynegaraku

Trackback from your site.