KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PUAN HAFSAH BINTI MOHD YUSOF, PENGARAH JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR DAN MAJLIS PENYERAHAN BENDERA UIAM SEMPENA KEJOHANAN WAJA DIRI KALI KE-8

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

9 November 2017 | Telah berlangsungnya Kunjungan Hormat PSSCMUIAM ke
pejabat Puan Hafsah binti Mohd Yusoff, Pengarah Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar yang diwakili oleh Saudara Abdul Muhaimin bin Abdul Manaf (Mantan YDP PSSCMUIAM), Mohd Fitri bin Limat (YDP PSSCMUIAM), Amzanil Shah bin Arnizam Shah (NYDP1 PSSCMUIAM), Muhd Ali Rezza bin Wan Hasan (Bendahari PSSCMUIAM) dan Abdul Hakim bin Ab Majid (Ketua Kontingen KWD8 PSSCMUIAM).

Pihak PSSCMUIAM telah membincangkan dan memaklumkan perkembangan persatuan kepada Puan Hafsah dan juga memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa PSSCMUIAM bagi sesi 17/18.

Kunjungan ini diikuti dengan acara Penyerahan Bendera kepada Kontinjen PSSCMUIAM yang akan menyertai Kejohanan Waja Diri 8 di UITM Permatang Pauh,
Pulau Pinang pada 11 NOVEMBER 2017.

Acara telah disempurnakan oleh Puan Hafsah Binti Mohd Yusoff dengan penyerahan bendera kepada Saudara Abdul Hakim Bin Ab Majid.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada Puan Hafsah atas kesudian beliau menerima kunjungan hormat daripada wakil PSSCMUIAM dan menyempurnakan upacara penyerahan bendera UIA. Diharapkan agar barisan-barisan Ahli Jawatankuasa PSSCMUIAM yang baru dilantik dapat bersama-sama membantu dalam merealisasikan hasrat Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar UIAM. Tidak lupa juga kepada Kontingen KWD8 yang akan bertanding pada 11/11/2017 ini semoga meraih kejayaan pada kejohanan kali ini.

Terima kasih.

 

Trackback from your site.