TEMURAMAH BERSAMA IIUM.FM

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

6 Oktober 2017 (Jumaat) — PSSCMUIAM mendapat jemputan daripada radio kampus UIAM, iium.fm bagi sesi temubual radio bersama DJ Salman di dalam segmen “The Staredown”, yang membincangkan mengenai seni mempertahankan diri yang terdapat di UIA kampus Gombak.

PSSCMUIAM sebagai persatuan pertama yang dijemput sebagai tetamu, telah menghantar 4 orang ahli sebagai wakil bagi temubual tersebut yang terdiri daripada 2 orang jawatankuasa tertinggi, seorang ahli aktif dan seorang ahli antarabangsa.

Sesi yang berlangsung selama 1 jam tersebut diisi dengan informasi yang padat mengenai PSSCM yang boleh didengari oleh komuniti UIAM. Antaranya adalah mengenai sejarah PSSCMUIAM, kelainan Silat Cekak daripada seni mempertahankan diri yang lain, kemahiran insaniah dalam kalangan ahli PSSCM dan banyak lagi. Sesi tersebut bermula pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 7 petang.

Peluang untuk muncul dalam salah satu segmen radio iium.fm membuktikan bahawa PSSCMUIAM telah mendapat perhatian banyak pihak, seterusnya dapat meningkatkan lagi nilai-nilai yang ada dalam PSSCM.

Semoga temuramah tersebut menjadi sebuah platform yang dapat memartabatkan lagi nama PSSCM dan PSSCMUIAM di mata komuniti UIAM.

Sekian, terima kasih.

 

#psscm #psscmuiam #psscmiium #iium #uiam #bersamabersatu

Website: www.psscmuiam.org
Facebook: www.facebook.com/psscmuiam
Insragram: www.instagram.com/psscmuiam

Trackback from your site.