SEMINAR PEMANTAPAN BUDI 2 & MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

 

 

Majlis Perasmian dan Forum bertajuk Membina Kemahiran Insaniah Melalui Budaya: Silat Cekak Mengisi Transformasi Negara telah diadakan pada sebelah pagi. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Abdelaziz Berghout, Timbalan Rektor Alumni, Industri dan Perhubungan Komuniti, UIAM.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi forum yang dikendalikan oleh moderator, Ustaz Khaharuddin bin Abdul Rahman dan panelis: Prof Madya Ar Dr Hj Abdul Majid bin Ismail dan Dato’ Mohd Khalis bin Abd Rahim.

Pada sebelah petang telah diadakan Forum Ancaman Keselamatan dan Militan yang dikendalikan oleh Encik Mohd Zaini Marzuki. Antara panelis yang terlibat ialah Supt. Ahmad Norisham bin Ma’arus, Ustaz Ahmad El Muhammady, dan Puan Ghazirah binti Mustapha.

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak pada sebelah malam iaitu Majlis Makan Malam Alumni, bertemakan Bersama Bersatu Bersedia Berkhidmat. Majlis ini dihadiri oleh alumni PSSCMUIAM dan PDRM serta ahli PSSCM dari seluruh negara. Majlis Penutup Seminar dan Makan Malam telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Bin Hj Mohd Shariff mewakili Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Mohammad Fuzi Harun.

Semoga penganjuran program ini dapat meningkatkan lagi kualiti budi ahli PSSCM dan pada masa yang sama bekerjasama dengan PDRM demi menjaga nama baik negara tercinta.

Trackback from your site.