Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-21
-1
hours
-2
-3
minutes
-5
-1
seconds
-2
0

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

KURSUS PENGURUSAN IPT KALI KE-6 PSSCM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM PJ

KURSUS27-29 Mei 2016 – Seramai 8 orang wakil Exco yang terdiri daripada ahli dari PSSCMUIAM Gombak dan PSSCMUIAM PJ telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pengurusan IPT kali ke 6 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang (PSSCM UiTM PP). Kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Dewan Kristal UiTM PP telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Fozi bin Ali, Rektor Universiti Teknologi Mara P. Pinang dan perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh En. Faizal bin Mohd Yusoff, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM, merangkap Pengerusi Jabatan Pembangunan Pusat Pendidikan PSSCM.

Antara intipati yang diperolehi peserta dari kursus tersebut ialah cara mengurus dan mentadbir persatuan di peringkat IPT dengan lebih efektif dan praktikal, pengurusan kewangan yang cekap dan telus serta motivasi untuk terus aktif berada di dalam persatuan selepas melepasi peringkat tamat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada PSSCM UiTM PP di atas kejayaan dalam menganjurkan dan menguruskan kursus ini yang julung-julung kali diadakan di luar daripada zon lembah klang. Setinggi-tinggi syabas diucapkan!

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

Trackback from your site.