Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-15
-3
hours
0
-1
minutes
-2
0
seconds
-5
-4

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

Demonstrasi Silat di MAFinACT

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

Pada 10hb Oktober 2009, PSSCMUIAM telah dijemput untuk mempersembahkan demonstrasi silat cekak pada majlis pembukaan Malaysian Armed Forces in Action 09 (MAFinACT 09).

Persembahan yang berlangsung di Kompleks Sukan Lelaki UIAM itu telah disertai oleh 20 orang skuad demo (9 lelaki dan 11 perempuan) dan diketuai oleh Komanden Khalid bin Mohammad.

Persembahan demonstrasi silat cekak kali ini telah dipertontonkan dihadapan Rektor UIAM, Yg. Bhg. Prof Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid, Dif-dif Kehormat dari Angkatan Tentera Malaysia dan lebih 1000 orang hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis kemudiannya disusuli dengan persembahan dari Wataniah UIAM, persembahan kawat senyap dari Tentera Laut Diraja Malaysia, dan persembahan Pancaragam dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad demo dan ahli-ahli PSSCMUIAM yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam demo kali ini.

Diharapkan pada masa-masa akan datang, lebih ramai lagi ahli-ahli PSSCMUIAM yang akan turut serta dalam persembahan demonstrasi silat cekak.

Tags:

Trackback from your site.

Leave a comment