Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-21
-1
hours
-2
-2
minutes
-4
-5
seconds
-4
-2

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KEPADA SEMUA!

Written by webteam on . Posted in Berita, Makluman, Pengumuman

SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar yang baru mendaftar di UIA. Semoga anda semua beroleh kebaikan dan ilmu yang bermanfaat di Taman Ilmu & Budi ini. Tidak dilupakan juga ucapan Selamat Kembali kepada para pelajar terutama ahli-ahli PSSCMUIAM ke semester yang baru ini. Semoga anda telah beroleh kejayaan di semester yang lepas. Kepada yang tidak berjaya, janganlah bersedih. Teruskanlah usaha anda dengan lebih gigih pada semester ini. Semoga segala usaha kita akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T Insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 55

Written by webteam on . Posted in Berita, Pengumuman, Ucapan

 

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke 55 kepada semua. Semoga kemakmuran dan keamanan yang dikecapi selama ini akan terus berkekalan dan dihargai kita semua. Marilah kita bersama-sama menghayati makna kemerdekaan yang sebenar dan mengambil iktibar dari sejarah perjuangan membebaskan tanah air kita dari penjajah. Marilah kita “Bersama Dan Bersatu”.

“…bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara…”                                (Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

Aidilfitri 2012

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya kepada ahli-ahli PSSCMUIAM dan para pelajar UIAM. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah S.W.T. Kami mendoakan semoga anda semua berbahagia disamping keluarga tersayang dan semoga anda selamat tiba ke destinasi yang ditujui.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

‘Taqabbalullah minna waminka’