Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-21
-1
hours
-2
-2
minutes
-5
-7
seconds
-1
-6

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

Kursus Pentadbiran PSSCM IPT Kebangsaan 2013

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Makluman, Pengumuman

 

28 Ogos banner kpipt 20132013- Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Gombak (PSSCMUIAM) akan menganjurkan Kursus Pentadbiran PSSCM IPT Kebangsaan 2013 (KPIPT). Ia akan berlangsung dari 30 Ogos sehingga 1 September 2013. Kursus ini akan melibatkan seluruh Kelas PSSCM IPT di Malaysia. Kursus ini juga adalah bersempena Sambutan Jubli Perak PSSCMUIAM yang disambut pada tahun ini.

Dari segi penganjuran, ini adalah kali kedua PSSCMUIAM menganjurkan KPIPT yang mana sebelum ini ia telah dilaksanakan pada tahun 2010. Pada penganjuran kali ini, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Professor Datuk Sri Dr. Zaleha Kamaruddin telah berbesar hati untuk merasmikan Majlis Pembukaan Kursus Pentadbiran PSSCM IPT Kebangsaan 2013. Adalah diharapkan dengan sokongan dari semua pihak, program kali ini berjalan dengan lancar dan meriah.

Bersama Bersatu Semarakkan Budaya

Perkhemahan Jubli Perak PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

banner_web

Bersempena dengan 25 tahun penubuhan PSSCMUIAM di UIAM, PSSCMUIAM akan mengadakan Perayaan Jubli Perak PSSCMUIAM. Perayaan yang bertemakan “Bersama Bersatu Semarakkan Budaya” ini akan terdiri dari pelbagai siri program yang akan dijalankan sepanjang tahun.

Untuk makluman program yang terdekat, PSSCMUIAM menjemput ahli-ahli PSSCMUIAM dari 3 kampus UIAM (Kuantan, Petaling Jaya, dan Gombak) untuk menyertai “Perkhemahan Jubli Perak PSSCMUIAM” yang akan diadakan pada 15-17 Februari 2013, di Nur Laman Bestari, Ulu Yam.

Perkhemahan ini tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mengumpulkan ahli-ahli PSSCMUIAM dari semua kampus UIAM untuk berinteraksi dan beramah mesra disamping menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan “Perkhemahan Jubli Perak PSSCMUIAM” ini, sila berhubung dengan wakil dari setiap kampus;

[KUANTAN]
Iqkhwam Putra Mohd Imran
013 2948485

[PETALING JAYA]
Mohd Alif
014 5136346

[GOMBAK]
Nur Zahin Rifhan
019 2513349
017 7941849

Marilah bersama bersatu menjayakan Perayaan Jubli Perak PSSCMUIAM ini, dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jom sertai!

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-23

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Makluman, Pengumuman

NOTICE ON POSTPONEMENT OF 23rd ANNUAL GENERAL MEETING PSSCMIIUM

References    : PSSCMUIAM/SU/1112/AGM23/02

Date              : 20th NOVEMBER 2012

To                 : Members of Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

International Islamic University Malaysia

 

 

NOTICE OF POSTPONEMENT

23rd ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

 

 

Kindly be informed that the 23rd Annual General Meeting of Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia International Islamic University Malaysia (PSSCMIIUM) will be postponed as follows:

Date        : 4th  December 2012

Day        : Tuesday

Time       : 8.00 PM

Venue     : LT 2, Kulliyyah of Economics and Management Sciences,

International Islamic University Malaysia.

 

 

 

THE POSTPONEMNET FACTORS OF 23rd AGM PSSCMIIUM ARE AS THE FOLLOWING:

  1. The validity period to conduct AGM is still not confirmed by Sports and Recreational Centre IIUM.

 

 

Please be noted

Report By,

On Behalf of PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

MUHAMMAD HASBI SHIDDIQ BIN SUPARMAN

SECRETARY

 

 

 

NOTIS PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSSCMUIAM KALI KE-23

Rujukan        : PSSCMUIAM/SU/1112/MAT23/02

Tarikh           : 20 NOVEMBER 2012

Kepada         : Ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

 

NOTIS KENYATAAN PENANGGUHAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA KALI KE-23

 

 

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MAT PSSCMUIAM) Kali Ke-23 akan ditangguhkan seperti butiran:

Tarikh     : 4 Disember 2012

Hari        : Selasa

Masa       : 8.00 malam

Tempat   : LT2, Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

 

BERIKUT ADALAH FAKTOR-FAKTOR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSSCMUIAM KALI KE-23 DITANGGUHKAN:

 

  1. Tempoh sah Mesyuarat Agung Tahunan masih belum diterima daripada Pihak Pentadbir Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

Sekian, harap maklum

Yang menjalankan tugas,

B/P PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

MUHAMMAD HASBI SHIDDIQ BIN SUPARMAN

SETIAUSAHA