Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-21
-1
hours
-2
-2
minutes
-4
-9
seconds
0
-8

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

MASS DEMONSTRATION PSSCMIIUM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

IMG-20151005-WA00195 Oktober 2015 (Isnin)-PSSCMUIAM telah membuat persembahan demonstrasi sempena program Festival Cekak 2015  di  Expressive Corner.Seramai 17 orang yang terlibat dalam demonstrasi tersebut,11 lelaki dan 6 perempuan,yang diketuai oleh saudara Hasbi.Demonstrasi ini bertujuan untuk mempromosikan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dalam kalangan pelajar UIAM sesi pengambilan ahli baru semester 1 tahun 2015/2016. Demonstrasi bermula pada jam 1.25 tengah hari dan tamat pada pukul 2 petang.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan demonstrasi ini. Semoga objektif demonstrasi ini berjaya dicapai iaitu dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menyertai PSSCM.Sekalung penghargaan juga khas kepada En.Amir Husaimi,En Saiful Hazman dan En Izuan Farid,yang merupakan tenaga pengajar PSSCMUIAM telah membantu dalam persiapan untuk persembahan demonstrasi.

IMG-20151005-WA0012

 

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI FESTIVAL CEKAK 2015

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

29 September 2015 -Satu demostrasi Seni Silat Cekak Malaysia telah diadakan di Kuliyyah ICT bersempena Pengambilan Ahli Baru PSSCMUIAM bagi semester 1, 2015/2016.Persembahan demonstrasi ini adalah salah satu daripada slot dalam Festival Cekak 2015.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada warga UIAM dan seterusnya dapat menarik minat warga UIAM untuk mempelajari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Skuad demonstrasi ini telah disertai oleh 6 org ahli, 4 lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh saudara Khalid.Persembahan ini telah berlangsung pada jam 1:35 tengah hari.Walaupun demo pada kali ini kurang mendapat sambutan daripada warga UIAM, namun tetap meneruskan promosi pengambilah ahli baru.

Walaubagaimanapun,diharapkan agar pengambilan ahli baru pada kali ini akan berjalan dengan jayanya selaras dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh pihak UIAM kepada PSSCMUIAM sebagai satu subjek berkredit di bumi “Knowledge and Virtue”(Ilmu dan Budi) ini.

Persembahan Demonstrasi PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

IMG-20150922-WA005422 September 2015 – Satu demostrasi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diadakan di “Aikol river bay IIUM” bersempena Pengambilan Ahli Baru PSSCMUIAM bagi semester 1, 2015/2016. Persembahan demonstrasi ini telah disertai oleh 8 org ahli, 4 lelaki dan 4 perempuan yang diketuai oleh saudara Nur Irfan. Demo ini telah berlangsung pada jam 1:35 tengah hari. Diharapkan agar pengambilan ahli baru pada kali ini akan berjalan dengan jayanya selaras dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh pihak UIAM kepada PSSCMUIAM sebagai satu subjek berkredit di bumi “Ilmu dan Budi” ini.

DEMONSTRASI JEMPUTAN

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

IMG-20150730-WA0035 29/07/2015(Rabu)-Skuad demonstrasiPSSCMUIAM telah menerima jemputan untuk membuat persembahan demonstrasi sempena majlis penerangan di Dewan Dato’ Razali Ismail,IPG Ilmu Khas,Cheras.Seramai lima orang ahli telah terlibat dalam persembahan demonstrasi yang diketuai oleh komandan,Saudara Khalid.Majlis Penerangan telah disampaikan oleh pegawai penerangan,En.Fakrizal Mohamad,tenaga pengajar PSSCMUIAM.Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Dr Roziah binti Abdulah,Timbalan Pengerusi IPG Ilmu Khas.Majlis ini telah bermula jam 9:30 malam sehingga 10:45 malam.Kehadiran pada majlis tersebut memberangsangkan.Semoga Seni Silat Cekak akan terus berkembang sebagai silat akademik di seluruh Negara.IMG-20150730-WA0027