Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-21
-1
hours
-2
-3
minutes
-1
-1
seconds
-2
-3

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

Persembahan Demonstrasi Sempena “Architectural Heritage Studies Exhibition”

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

WhatsApp Image 2016-08-17 at 2.42.06 PM

16 OGOS 2016 – PSSCMUIAM sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan demonstrasi sempena “Architectural Heritage Studies Exhibition” anjuran Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar UIAM. Program yang berbentuk pameran ini mengetengahkan seni bina masjid-masjid lama berusia ratusan tahun serta memaparkan keindahan dan kebijaksanaan dalam reka bentuk seni bina Islam.

Seramai lima orang ahli tamat dan seorang Tenaga Pengajar telah terlibat secara langsung menjayakan demonstrasi ini. Turut hadir adalah Ahli-ahli dari PSSCMUIAM yang memeriahkan suasana dan memberi sokongan yang padu.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mengadakan satu program yang memaparkan ketinggian nilai reka bentuk dan seni bila islam.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

DEMOSNTRASI SEMPENA PRESIDEN PESAKA TURUN GELANGGANG

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

13124800_1250468081644903_1642828332199459330_n4 MEI 2016- Telah diadakan persembahan demonstrasi bersempena dengan Presiden PESAKA turun gelanggang yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Fasa 1E, Bandar Tun Razak, KL. Skuad demostrasi PSSCMUIAM Gombak sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan persembahan demonstrasi dalam program tersebut. Seramai 10 orang pelajar telah terlibat dalam demonstrasi ini. Tahniah dan syabas diucapkan !

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI SEMPENA MALAM SANTAI BERSAMA REKTOR

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

28 JANUARI 2016 – PSSCMUIAM sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan persembahan demonstrasi ringkas menyambut kedatangan tetamu kehormat majlis Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin Rektor UIAM sempena Malam Santai bersama Rektor UIAM, bertempat di Main Hall CAC, Gombak pada jam 8.30 Malam. Seramai 7 org ahli demo PSSCMUIAM telah terlibat, terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar dan 4 orang Ahli Tamat. Tahniah dan syabas diucapkan. 

Persembahan Demonstrasi sempena Program Women of Wonders (WOW)

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

11 Disember 2015 – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) telah dijemput untuk menjayakan sebuah persembahan demosntrasi bersempena dengan Program Woman of Wonders (WOW) bertempat di Laman Kuliyyah Kejuruteraan UIAM Gombak. Program ini telah dianjurkan oleh pelajar dari Kuliyyah Pengurusan Ekonomi (KENMS) sebagai salah satu daripada aktiviti tahunan.

Penglibatan demonstrasi ini menandakan bahawanya ilmu seni silat sudah mula diterima dan disanjung tinggi dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mendapat tempat yang tersendiri di UIAM. Diharapkan semoga dengan program jemputan seperti ini menjadi titik tolak kepada perkembangan PSSCMUIAM di UIAM Gombak di masa akan datang.