Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-17
-5
hours
-1
-9
minutes
-1
-7
seconds
-1
-5

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

Gala Dinner World Muslim Women Summit and Exhibition, PWTC

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi

whatsapp-image-2016-09-24-at-8-39-24-pm

September 23, 2016 – Telah berlangsung satu program perdana iaitu Gala Dinner bersempena dengan World Muslim Women Summit and Exhibition bertempat di Dewan Merdeka, PWTC.

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), OIC dan Forum Islam Sedunia .

Seramai 13 orang ahli wanita PSSCMUIAM telah membuat persembahan khas pada malam tersebut.

Turut hadir mencemar duli, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Serta, Prof. Dato’ Seri Dr. Zaleha binti Kamarudin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga hadir ke majlis Makan Malam tersebut .

PSSCM turut menerima satu anugerah khas iaitu Outstanding Achievement Award in Empowering Women yang telah disampaikan sendiri oleh Raja Permaisuri Agong kepada YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah , Presiden dan Guru Utama PSSCM .

Anugerah ini merupakan satu penghargaan atas pencapaian dan sumbangan PSSCM dalam “peace building and women development work”

Semoga dengan penganugerahan dan pengiktirafan ini, dapat menyuntik lagi semangat ahli ahli PSSCM untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara, seterusnya meletakkan PSSCM di peringkat antarabangsa . Tahniah dan Syabas kepada PSSCM !

whatsapp-image-2016-09-24-at-8-39-23-pmwhatsapp-image-2016-09-24-at-8-38-47-pmwhatsapp-image-2016-09-24-at-8-38-44-pm

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI DI PERKARANGAN MASJID UIAM GOMBAK

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

14203159_1369282133096830_277935029340860890_n9 SEPTEMBER 2016 – PSSCMUIAM telah mengadakan demonstrasi SILAT CEKAK bertempat di hadapan Masjid UIAM pada jam 2.15 petang (selepas solat jumaat) sempena program ‘Cekak Week 2016’ bagi sesi pengambilan ahli baru.┬áSeramai 9 orang ahli demo PSSCMUIAM yang terlibat, termasuk 8 orang ahli tamat dan seorang tenaga pengajar.

Jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan. Tahniah dan syabas diucapkan.

Kepada semua warga UIAM. Anda boleh mendaftar untuk Kelab dan Ko-k untuk semester 1 2016/17. Anda boleh mendaftar di;

Pendaftaran Ko-K

Kod : CCCN 2561

http://prereg.iium.edu.my

Pendaftaran ahli kelab:

https://goo.gl/forms/JNDnahNvkRmoxfTB2

Facebook Page PSSCMUIAM:

https://www.facebook.com/psscmuiam/