Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-21
-1
hours
-2
-2
minutes
-5
-5
seconds
0
-1

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

UJIAN SIJIL RENDAH PERINGKAT ZON TIMUR 2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

10346181_1210248225666889_8039298959837627931_n18-19 Mac 2016 – Telah diadakan Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM Peringkat Zon Timur 2016 bertempat di Exam Hall OSC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan. Seramai 160 ahli PSSCM yang terdiri daripada calon-calon ujian, juri dan penguji telah mengambil bahagian dalam program ini.

Ujian Sijil Rendah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian teori dan praktikal. Ujian Teori telah diadakan pada Jumaat malam manakala Ujian Praktikal telah diadakan pada Sabtu pagi. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Kassim Bin Husin, Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM Zon Timur. Syabas dan tahniah kepada semua ahli yang terlibat bagi menjayakan ujian ini dan diharapkan agar semua calon mendapat keputusan yang cemerlang.

https://www.facebook.com/psscmuiam

Kunjungan Hormat Wakil Pengurusan PSSCMUIAM Kepada Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

12799354_1198867673471611_6396761336363661122_n7 MAC 2016 – Satu kujungan hormat telah diadakan antara Wakil Pengurusan PSSCMUIAM dan juga Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam pada jam 11.00 pagi bertempat di Pejabat Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar). PSSCMUIAM telah diwakili oleh En. Khaharudin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung 1 PSSCM, En. Rasyid bin Aziz, Yang di-pertua PSSCMUIAM, Muhammad Alif bin Azlan, Naib Yang di-Pertua PSSCMUIAM dan turut hadir sama En. Belteshazzar @ Aminuddin bin Abdul Rashid, Tenaga Pengajar PSSCMUIAM.

Kunjungan diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara PSSCMUIAM dan Pejabat Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM. Kunjungan ini dilihat sebagai satu batu loncatan dalam mengukuhkan hubungan antara PSSCMUIAM dan juga pentadbir UIAM.

Pada kunjungan ini, PSSCMUIAM turut menyerahkan buku Perayaan Jubli Emas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan buku Silat Cekak Silat Akademik sebagai tanda penghargaan kepada

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Alumni

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

5 MAC 2016 – Pejabat Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengadakan Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Alumni bertempat di Banquet Hall, Tingkat 5, Bangunan Rektori UIAM Gombak. Antara yang mendapat perhatian adalah Majalah Alumni UIA yang telah memuatkan laporan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Alumni Chapter PSSCMUIAM. Turut dimuatkan di dalam Majalah Alumni UIA adalah “Words of Wisdom” YM Datuk Guru Utama hasil dari sesi temubual bersama beliau selepas Seminar Budaya sebelum ini.

Untuk melihat galeri gambar sila klik pada pautan ini.

https://www.facebook.com/psscmuiam/