Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-17
-5
hours
-1
-9
minutes
-1
-8
seconds
-2
-9

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSSCMUIAM GOMBAK KALI KE-28

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Artikel, Berita, Makluman, Pengumuman, UIAM Gombak

3 Nov 2017, (Jumaat)- Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM Gombak Kali ke-28 yang bertempat di Mini Auditorium, UIAM Gombak . Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam.

Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli PSSCMUIAM iaitu seramai 100 orang ahli yang terdiri daripada Tenaga Pengajar, Alumni dan Ahli-ahli PSSCMUIAM Gombak dan Kampus Kuantan. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh pentadbir UIAM iaitu wakil daripada Student Affairs and Development Division (STADD) iaitu Encik Amir bin Omar dan Encik Hj Khaharuddin bin Abd Rahman, sebagai wakil dari PSSCM.

Mesyuarat ini dimulai dengan selawat Badariyyah dan bacaan doa oleh Saudara Azhan Hannan dan diikuti ucapan pembukaan oleh Mantan YDP PSSCMUIAM, Saudara Abdul Muhaimin Bin Haji Abd Manaf dan ucapan dari wakil STADD, Encik Amir Bin Omar.

Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Khaharuddin bin Abd Rahman, selaku Penolong Setiausaha Agung II PSSCM.

Kemudian mesyuarat diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan kepada ahli yang cemerlang dalam Kurikulum dan Akademik. Anugerah ini sebagai penghargaan kepada ahli ahli yang telah bertungkus lumus dalam pelajaran dan persatuan dan ia merupakan suntikan semangat kepada ahli yang lain untuk terus berjaya.

Seterusnya, Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada ketiga-tiga tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan dari pihak PSSCMUIAM atas kesudian mereka untuk hadir ke majlis yang penuh berprestij ini.

Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat dan juga ahli-ahli PSSCMUIAM sebelum beralih ke agenda yang seterusnya. Tetamu kehormat dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan setelah sesi fotografi selesai.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-28 ini dimulai dengan pelantikan pengerusi sementara iaitu saudara Raja Mohammad Farres bin Raja Nordin. Seterusnya, majlis disempurnakan dengan pembubaran Ahli Jawatankuasa PSSCMUIAM sesi 2016/2017 dan diteruskan dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa PSSCMUIAM 2017/2018 yang baru sebagai penggerak persatuan ini. Saudara Mohd Fitri bin Limat dari Kuliyyah Kejuruteraan telah dilantik sebagai Yang di-Pertua PSSCMUIAM Gombak sesi 2017/2018. Syabas dan Tahniah diucapkan!

Akhir sekali, terima kasih kepada semua ahli yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Jutaan tahniah kepada barisan Exco yang baru dilantik. Semoga semua Exco yang baru dilantik dapat memberikan komitmen yang penuh dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Sekian.

 

Kunjungan Hormat PSSCMUIAM ke Pejabat Timbalan Rektor

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

28 Disember 2016 (Rabu)-Satu kunjungan hormat daripada pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM (PSSCMUIAM) kepada Timbalan Rektor(Pengantarabangsaan & Hubungan Industri dan Komuniti) UIAM, Prof. Dr. Abdelaziz Berghout telah diadakan pada jam 3.30 petang,bertempat di Pejabat beliau.

Seramai 5 orang wakil telah turut serta dalam kunjungan hormat ini, yang terdiri daripada En. Mohd Hafiz Bin Jamil, Setiausaha Agong PSSCM, En. Khaharudin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung 1 PSSCM, En. Mohd Fuad bin Arshad, AJK Pusat PSSCM yang juga merupakan penyelia PSSCMUIAM. Turut hadir sama, En. Belteshazzar @ Aminuddin bin Abdul Rashid, Tenaga Pengajar PSSCMUIAM dan saudara Mohd Fitri bin Limat, Naib Yang di-Pertua 1 PSSCMUIAM.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membentangkan laporan berkenaan Kelas Antarabangsa yang mana pelajar antarabangsa terlibat telah berjaya menghabiskan sukatan pelajaran Silat Cekak setelah hampir 2 tahun sejak penubuhannya. Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak PSSCMUIAM dan juga Pejabat Timbalan Rektor (Pengantarabangsaan & Hubungan Industri dan Komuniti).

Terima kasih & tahniah kepada semua yang terlibat,diharapkan agar PSSCM dapat terus berkembang lagi sehingga ke peringkat antarabangsa, selari dengan misi UIAM.

FESTIVAL PENCAK SILAT 2016 PADANG INDONESIA

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita

a29572bd-3fad-4618-a885-b57023713589PADANG – Sebanyak 1,038 ‘pandeka silek’ (pesilat) telah mengambil bahagian dalam Festival Pencak Silat (FIPS) 2016 bertempat di Padang, Indonesia. Para pesilat telah bertarung di GOR PT, Semen, Padang.

10 buah negara telah mengambil bahagian antaranya  Jepun, Singapura, Malaysia, Korea Selatan, Madagaskar, Timor Leste, Lithuania, Fiji, Poland, dan Itali. Malaysia telah diwakili oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada Persatuan Silat Cekak Malaysia dan pertubuhan silat yang lain.

Dalam festival ini, Malaysia telah memenangi 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa

1. Emas – Tempur Putra dan Tempur Putri

2. Perak: Solo Putri dan Masal Putra( PSSCM)

3. Gangsa: Solo Putra

Tahniah diucapakan kepada pasukan PESAKA & pesilat PSSCM yang telah mendapat pingat Perak dan tahniah & syabas kepad YBhg En. Safaran Ahmad Naib Presiden PSSCM yang telah memimpin skuad PSSCM ke Padang,Indonesia.