Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-21
-1
hours
-2
-3
minutes
-4
-5
seconds
0
-7

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

11 JULAI 2019- Alhamdu Lillah, dengan izin Allah S.W.T, dengan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dengan berkat guru-guru, serta karamah dan hikmah kedua ibu bapa, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak (PSSCMUIAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Rektor bahagian Pengantarabangsaan dan Jaringan Global.

Kunjungan ini telah disambut oleh Timbalan Rektor, Prof. Dr. Nor Faridah binti Abd Manaf. Wakil daripada PSSCMUIAM yang terlibat ialah Tn. Hj. Kaharuddin bin Abd Rahman, Penolong Setiusaha 1 PSSCM, En. Mohd Fuad bin Arshad, Penyelia PSSCMUIAM, Sdr. Amzanil Shah bin Arnizam Shah, Yang di-Pertua PSSCMUIAM Gombak dan wakil Jawatankuasa PSSCMUIAM Gombak.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan satu  kerjasama ke arah mengantarabangsakan Seni Silat Cekak Malaysia dengan menjadikan pelajar antarabangsa di UIAM sebagai sasaran untuk belajar Silat Cekak. Pertemuan ini berjalan dengan baik dan mendapat respon yang baik dari Timbalan Rektor.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Timbalan Rektor, Prof. Dr. Nor Faridah bt Abd Manaf atas kesudian meluangkan masa. Jutaan terima kasih juga kepada YM Guru Utama dan seluruh ahli yang sentiasa mendoakan kejayaan dan berusaha bagi memartabatkan Seni Silat Cekak agar terus berkembang sehingga peringkat dunia. Diharapkan dengan kunjungan ini usaha mengantarabangsakan Silat Cekak akan berjaya pada masa hadapan.

Terima kasih.

MAJLIS WALIMATUL URUS ALUMNI PSSCMUIAM KUANTAN, MUHAMMAD SYAFIQ

Written by Huurun Shaary on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

Alhamdulillah, pada 23 Disember 2017, telah berlangsung walimatulurus seorang daripada alumni PSSCMUIAM Kuantan, Muhammad Syafiq Bin Nassarudin. Bertempat di Ketereh, Kelantan, seramai 17 orang ahli PSSCMUIAM Kuantan telah bertandang ke rumah pengantin. Seawal jam 8.00 pagi, 4 buah kereta telah bertolak dari Kuantan.
Seusai menghadiri majlis, perjalanan diteruskan dengan menziarahi umah ahli yang tinggal berdekatan, iaitu rumah saudari Nik Nur Mazni Bt. Md Zin & rumah saudara Hafizuddin Bin Abd. Rahman.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Saudara Syafiq atas jemputan. Semoga berkekalan hingga ke syurga.
Sekian, terima kasih

 



PSSCMIIUM Gombak End of Semester Gathering Semester 1 – 17/18 Session

Written by Al-Hakim on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

Assalamualaikum w.b.t

AlhamduLillah, PSSCMIIUM Gombak had celebrated the End of Semester Gathering on Wednesday, 20th December 2017.

The celebration was held at AIKOL 4.7 and 4.8 from 10.30pm – 1.00am. Altogether, there were a total of 156 students and 21 trainers of PSSCMIIUM Gombak participated in the event.

The event started with the speech from President of PSSCMIIUM Gombak, Br. Mohd Fitri bin Limat. Then, the ceremony proceeded with the performances from every class which consists of class 39, class 38, class potong and class tamat. All the members of PSSCMIIUM had a lot of fun with the enjoyable performances such as singing and sketches. It was then followed by a prize-giving ceremony to the graduating students and the participants of KWD 8.

Lastly, the ceremony ended with the speech by our Supervisor, Mr. Mohd Fuad bin Arshad. Mr. Fuad in his speech said that improvements can still be done for this programme. He suggested for the programme to be conducted in English or Arabic, instead of Malay beginning next semester.  Plus, he suggested that PSSCMIIUM’s trainers should also involve in making performances in front of all members of PSSCMIIUM.

Thank you and congratulations to all committees and participants who involved directly and indirectly in the making of the event. Hopefully, there will be more programmes which would strengthen the ukhwah among the members in the future. Last but not least, we wish all the best in the final exam for PSSCMIIUM members.

 

MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCMUIAM KUANTAN SEM 1 SESI 2017/2018

Written by Al-Hakim on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

Alhamdulillah, pada Jumaat, 22 Disember 2017 telah berlangsung Majlis Penangguhan Kelas bagi kelas latihan UIAM Kuantan, bertempat di Wackos, Kulliyah of Science.

Majlis yang diadakan pada setiap semester ini telah dihadiri oleh 46 orang ahli PSSCMUIAM Kuantan, para tenaga pengajar serta wakil dari Sports Departments UIAM Kuantan, En. A’sri Bin Shapiai.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan selawat badariyyah, serta ucapan dari Yang DiPertua PSSCMUIAM Kuantan, Muhammad Ruzairie Bin Rusli, wakil tenaga pengajar, En. Yuzri Izli Bin Abdul Wahid Penolong Penyelia PSSCMUIAM Kuantan, En Mohd Noorazmi Bin Mohd Ibrahim serta ucapan Penolong Pegawai Unit Sukan UIAM Kuantan, En. A’sri Bin Shapiai. Majlis ini juga telah dimeriahkan lagi dengan persembahan demonstrasi oleh Skuad Puteri PSSCMUIAM Kuantan yang telah memenangi tempat ke-2 keseluruhan pada Kejohanan Waja Diri 8 Di UITM Pulau Pinang.

Diharapkan agar semua ahli PSSCMUIAM Kuantan terus aktif di dalam persatuan, serta menperoleh kejayaan dalam peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga berjumpa lagi pada sesi yang akan datang.

Terrima kasih & tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Website: www.psscmuiam.com
Facebook: www.facebook.com/psscmuiam
Instagram: www.instagram.com/psscmuiamkuantan