Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-11
-4
hours
-1
-3
minutes
-3
-8
seconds
-1
-7

Berita Terkini

  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM
  • Ulangtahun kelahiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

11 JULAI 2019- Alhamdu Lillah, dengan izin Allah S.W.T, dengan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dengan berkat guru-guru, serta karamah dan hikmah kedua ibu bapa, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak (PSSCMUIAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Rektor bahagian Pengantarabangsaan dan Jaringan Global.

Kunjungan ini telah disambut oleh Timbalan Rektor, Prof. Dr. Nor Faridah binti Abd Manaf. Wakil daripada PSSCMUIAM yang terlibat ialah Tn. Hj. Kaharuddin bin Abd Rahman, Penolong Setiusaha 1 PSSCM, En. Mohd Fuad bin Arshad, Penyelia PSSCMUIAM, Sdr. Amzanil Shah bin Arnizam Shah, Yang di-Pertua PSSCMUIAM Gombak dan wakil Jawatankuasa PSSCMUIAM Gombak.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan satu  kerjasama ke arah mengantarabangsakan Seni Silat Cekak Malaysia dengan menjadikan pelajar antarabangsa di UIAM sebagai sasaran untuk belajar Silat Cekak. Pertemuan ini berjalan dengan baik dan mendapat respon yang baik dari Timbalan Rektor.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Timbalan Rektor, Prof. Dr. Nor Faridah bt Abd Manaf atas kesudian meluangkan masa. Jutaan terima kasih juga kepada YM Guru Utama dan seluruh ahli yang sentiasa mendoakan kejayaan dan berusaha bagi memartabatkan Seni Silat Cekak agar terus berkembang sehingga peringkat dunia. Diharapkan dengan kunjungan ini usaha mengantarabangsakan Silat Cekak akan berjaya pada masa hadapan.

Terima kasih.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM.

Written by webteam on . Posted in Ucapan, UIAM Gombak

18hb JULAI 2018

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM.

Kami warga PSSCM mendoakan semoga YM Datuk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan roh dan jasad yang sihat di dunia dan dikurniakan keselamatan roh dan jasad di dunia dan di akhirat, senantiasa dalam rahmat dan perlindunganNya serta terus cemerlang dalam memimpin ahli dan PSSCM dan terus istiqamah dalam memperjuangkan serta memperkasakan budaya bangsa Melayu.

Aamiin ya rabbal aalamiin

#psscm
#silatcekakmalaysia
#bersamabersatu
#kamisayangmalaysia
#malaysiatanahairku
#budayapenyatubangsa

Written by Huurun Shaary on . Posted in Artikel, Berita, UIAM Gombak

Memento Webteam : Lambang Silat Cekak

Sumber : Arkib FB PSSCM

#psscm #bersamabersatu #silatcekaksilatakademik
#psscmuiam #webteam

WWW: www.psscmuiam.org
FB: http://www.facebook.com/psscmuiam
IG: http://www.instagram.com/psscmuiam