Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
-6
-3
hours
-1
-9
minutes
0
-6
seconds
-4
-4

Berita Terkini

  • Selamat Hari Guru Diucapkan Kepada Seluruh Guru-Guru di Malaysia. Ikhlas Daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • SAMBUTAN 30 TAHUN PSSCMUIAM
  • 30 YEARS CELEBRATION OF PSSCMIIUM

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSSCMUIAM GOMBAK KALI KE-28

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Artikel, Berita, Makluman, Pengumuman, UIAM Gombak

3 Nov 2017, (Jumaat)- Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM Gombak Kali ke-28 yang bertempat di Mini Auditorium, UIAM Gombak . Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam.

Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli PSSCMUIAM iaitu seramai 100 orang ahli yang terdiri daripada Tenaga Pengajar, Alumni dan Ahli-ahli PSSCMUIAM Gombak dan Kampus Kuantan. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh pentadbir UIAM iaitu wakil daripada Student Affairs and Development Division (STADD) iaitu Encik Amir bin Omar dan Encik Hj Khaharuddin bin Abd Rahman, sebagai wakil dari PSSCM.

Mesyuarat ini dimulai dengan selawat Badariyyah dan bacaan doa oleh Saudara Azhan Hannan dan diikuti ucapan pembukaan oleh Mantan YDP PSSCMUIAM, Saudara Abdul Muhaimin Bin Haji Abd Manaf dan ucapan dari wakil STADD, Encik Amir Bin Omar.

Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Khaharuddin bin Abd Rahman, selaku Penolong Setiausaha Agung II PSSCM.

Kemudian mesyuarat diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan kepada ahli yang cemerlang dalam Kurikulum dan Akademik. Anugerah ini sebagai penghargaan kepada ahli ahli yang telah bertungkus lumus dalam pelajaran dan persatuan dan ia merupakan suntikan semangat kepada ahli yang lain untuk terus berjaya.

Seterusnya, Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada ketiga-tiga tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan dari pihak PSSCMUIAM atas kesudian mereka untuk hadir ke majlis yang penuh berprestij ini.

Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat dan juga ahli-ahli PSSCMUIAM sebelum beralih ke agenda yang seterusnya. Tetamu kehormat dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan setelah sesi fotografi selesai.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-28 ini dimulai dengan pelantikan pengerusi sementara iaitu saudara Raja Mohammad Farres bin Raja Nordin. Seterusnya, majlis disempurnakan dengan pembubaran Ahli Jawatankuasa PSSCMUIAM sesi 2016/2017 dan diteruskan dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa PSSCMUIAM 2017/2018 yang baru sebagai penggerak persatuan ini. Saudara Mohd Fitri bin Limat dari Kuliyyah Kejuruteraan telah dilantik sebagai Yang di-Pertua PSSCMUIAM Gombak sesi 2017/2018. Syabas dan Tahniah diucapkan!

Akhir sekali, terima kasih kepada semua ahli yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Jutaan tahniah kepada barisan Exco yang baru dilantik. Semoga semua Exco yang baru dilantik dapat memberikan komitmen yang penuh dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Sekian.

 

Semarak Budaya Tinggi (SEBATIK)

Written by webteam on . Posted in Berita

Pelancaran Program ‘Semarak Budaya Tinggi (SEBATIK)’ yang disempurnakan pelancarannya oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr Rais bin Yatim pada malam tadi. Seramai 9 orang Exco PSSCMUIAM yang mewakil PSSCMUIAM dan juga STADD telah hadir sebentar tadi. Wakil PSSCMUIAM juga telah diberi peluang untuk bersama-sama YBhg Tan Sri dalam pelancaran gimik dan bergambar bersama beliau, YBhg Prof. Datuk Dr. Mizan bin Hitam dan YBhg. Dato’ J. Murad.

Sekian terima kasih.

Kunjungan Hormat PSSCMUIAM ke Pejabat Timbalan Rektor

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

28 Disember 2016 (Rabu)-Satu kunjungan hormat daripada pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM (PSSCMUIAM) kepada Timbalan Rektor(Pengantarabangsaan & Hubungan Industri dan Komuniti) UIAM, Prof. Dr. Abdelaziz Berghout telah diadakan pada jam 3.30 petang,bertempat di Pejabat beliau.

Seramai 5 orang wakil telah turut serta dalam kunjungan hormat ini, yang terdiri daripada En. Mohd Hafiz Bin Jamil, Setiausaha Agong PSSCM, En. Khaharudin Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung 1 PSSCM, En. Mohd Fuad bin Arshad, AJK Pusat PSSCM yang juga merupakan penyelia PSSCMUIAM. Turut hadir sama, En. Belteshazzar @ Aminuddin bin Abdul Rashid, Tenaga Pengajar PSSCMUIAM dan saudara Mohd Fitri bin Limat, Naib Yang di-Pertua 1 PSSCMUIAM.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membentangkan laporan berkenaan Kelas Antarabangsa yang mana pelajar antarabangsa terlibat telah berjaya menghabiskan sukatan pelajaran Silat Cekak setelah hampir 2 tahun sejak penubuhannya. Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak PSSCMUIAM dan juga Pejabat Timbalan Rektor (Pengantarabangsaan & Hubungan Industri dan Komuniti).

Terima kasih & tahniah kepada semua yang terlibat,diharapkan agar PSSCM dapat terus berkembang lagi sehingga ke peringkat antarabangsa, selari dengan misi UIAM.