Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-15
-3
hours
0
-1
minutes
-1
-6
seconds
0
0

Berita Terkini

  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN REKTOR BAHAGIAN PENGANTARABANGSAAN DAN JARINGAN GLOBAL UIAM GOMBAK
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar as the 8th President of IIUM

Author Archive

SAMBUTAN 30 TAHUN PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

SAMBUTAN 30 TAHUN PSSCMUIAM

PSSCMUIAM telah menganjurkan Sambutan 30 Tahun PSSCMUIAM. Sambutan ini telah berjalan sepanjang seminggu bermula dari 25 Mac hingga 30 Mac 2019. Kehadiran bagi setiap program melibatkan ahli~ahli PSSCM di seluruh negara dan juga kelab-kelab pelajar yang ada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya, Majlis Pembukaan yang telah dijalankan pada 25 Mac 2019. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Subki Bin Ahmad, Penolong Pengarah Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

Sambutan diteruskan lagi dengan pengisian persembahan dari seni bela diri yang lain pada Warrior Night yang dijalankan pada 27 Mac.

Kemudian, majlis Selawat Hour telah dianjurkan pada 28 Mac 2019. Kumpulan selawat Al-Hawariyyun telah dijemput bagi mengetuai alunan selawat. Selawat Hour telah diadakan bagi memperingati Rasulullah s.a.w serta perjuangan Baginda.

Pada 29 Mac 2019 pula, program Career Talk telah dijalankan. Dato Mohd Khalis bin Abdul Rahim, Ketua Sumber Kemanusiaan Malaysia Airline System (MAS) telah dijemput bagi mnyampaikan perkongsian pengalaman yang bertajuk “Integriti dalam Kerjaya”

Seterusnya, pada 30 Mac 2019, Seminar Budaya Teras Perpaduan Ummah telah dijalankan bertempat di Auditorium Utama, Kulliyyah Kejuruteraan UIAM.

Program dimulakan dengan pembentangan oleh Dr. Mastor bin Surat yang bertajuk Budaya Membangun Tamadun Ummah.

Seterusnya, program diteruskan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Professor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan slot kedua yang bertajuk Relevankah Budaya Dalam Modenisasi yang disampaikan oleh Prof Supyan & Dr Zulkifli Hassan.

Pada sebelah petang pula telah program diteruskan dengan slot pembentangan yang ketiga bertajuk Sinergi Agama dan Budaya Dalam Perpaduan Ummah oleh Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Abdul Majid bin Ismail dan Prof. Abdel Aziz bin Berghout.

Majlis ini dihadiri oleh ahli-ahli PSSCM dari seluruh negara.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbir UIAM terutamanya kepada Rektor UIAM, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, serta jabatan-jabatan yang lain atas sokongan yang telah diberikan kepada sambutan ini. Tidak lupa juga, barisan ahli jawatankuasa program dan pihak~pihak yang terlibat sama ada yang membantu secara lansung atau tidak lansung. Diharapkan ahli-ahli PSSCMUIAM dan PSSCM seluruhnya beroleh manfaat dari sambutan ini.

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

MAJLIS PERAYAAN SAMBUTAN 30 TAHUN PSSCMUIAM

KINI SUDAH BERMULA!

Sekitar majlis pembukaan perayaan 30 tahun PSSCMUIAM yang dirasmikan oleh En. Subki bin Ahmad Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, UIAM. Nantikan program seterusnya daripada kami selepas ini. Rasai debarannya!

#30yearsPSSCMIIUM

#Bersama&Bersatu