Ramadhan Al-Kareem

days
-6
-8
hours
-1
0
minutes
-4
-7
seconds
0
0

Author Archive

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM.

Written by webteam on . Posted in Ucapan, UIAM Gombak

18hb JULAI 2018

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM.

Kami warga PSSCM mendoakan semoga YM Datuk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan roh dan jasad yang sihat di dunia dan dikurniakan keselamatan roh dan jasad di dunia dan di akhirat, senantiasa dalam rahmat dan perlindunganNya serta terus cemerlang dalam memimpin ahli dan PSSCM dan terus istiqamah dalam memperjuangkan serta memperkasakan budaya bangsa Melayu.

Aamiin ya rabbal aalamiin

#psscm
#silatcekakmalaysia
#bersamabersatu
#kamisayangmalaysia
#malaysiatanahairku
#budayapenyatubangsa

Tahniah Atas Perlantikan Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-7

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

Assalamualaikum kepada semua warga PSSCM.

Malaysia telah memilih!
Kerajaan Malaysia bakal diterajui oleh Pakatan Harapan.

Syabas dan tahniah buat Barisan Kepimpinan Pakatan Harapan kerana telah memenangi Pilihanraya Umum ke-14!

Dan Tun Dr Mahathir Mohamad, secara rasminya telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7.

Sama-sama kita panjangkan ucapan syabas dan tahniah buat Kepimpinan Negara yang diterajui oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kami, warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mendoakan supaya pemerintahan baru ini bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang lebih maju dan lebih berdaya saing.

Kami juga berharap agar perubahan kerajaan baru ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada PSSCM, Agama, Bangsa dan Negara.

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

#silatcekakmalaysia
#kamisayangmalaysia
#bersamabersatu
#terimakasihmalaysia
#pru14
#malaysiamemilih
#suararakyat

Selamat Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Pengundi PRU14

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

Assalamualaikum semua.

Esok adalah merupakan tarikh penting bagi semua Rakyat Malaysia.

Jom sama2 kita tunaikan tanggungjawab kita selaku warganegara Malaysia dan buatlah pilihan anda secara rasional dan bijak.

Kami dari warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengucapkan Selamat Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Pengundi PRU14!