Songkok & Sampin

Written by webteam on . Posted in Artikel, Penulisan

Songkok

Mengikut sejarah, penggunaan songkok menjadi kebiasaan rakyat jelata di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13. Dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki.Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.

Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Di Negara lain seperi India,Pakistan dan Bangladesh, songkok turut dikenali dengan nama Rum (Topi).Dari analisa dan sedikit penyelidikan, songkok (salah satu pakaian bangsa melayu) tidak dapat lari daripada di sinonimkan dengan Islam. Buktinya adalah sunat kaum Muslimin untuk menutup kepala baik ketika solat atau sebaliknya.

Walaupun sebelum kedatangan songkok ke tanah jawi ini, umat Melayu lebih gemar ber dastar@tanjak, ini secara tidak langsung menunjukkan bangsa Melayu itu tetap mengikuti perkembangan semasa tanpa meninggalkan syariat, adat, adab dan budaya. Selain itu penggunaan songkok yang di gunakan di kepala juga melambangkan kemuliaan songkok itu sendiri. Sesetengah cerdik pandai mungkin beranggapan bahawa dengan pemakaian songkok kita tidak dapat berfikir “out of box” @ pemikiran tertutup.

Tetapi kelangsungan kita sebagai Umat Melayu yang bertunjangkan syariat Islam mendukung perjuangan Rasullulah SAW yang berserban(sama seperti songkok juga) sama sekali tidak mungkin dapat menerima pendapat itu.

Sampin

Sampin juga dipanggil sebagai ‘samping’yang berasal dari perkataan sampingan. Beza sampin dan kain sarung adalah sampin lebih pendek daripada kain sarung. Sampin biasanya dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Sampin akan diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar atau di sebelah dalam baju. Bahagian kaki sampin dilepas hingga ke lutut atau betis.

Pada asalnya, sampin lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Mengikut peredaran masa, sampin diikat dan dilipat sehingga ke paras lutut. Ia lebih digemari kerana ringkas dan selesa apabila dipakai.

Sesetengah pihak ada menyatakan bahawa setingginya falsafah tentang budaya Melayu ini setinggi itu juga falsafah tentang isi-isi di dalam nya termasuk juga sampin. Pemakaian sampin ini juga ber beza mengikut daerah walaupun kepentingannya sama, seperti di johor sampin di pakai di dalam adalah di panggil sampin dagang. Antara ikatan sampin yang biasa digunakan adalah ikatan kembung dan ikatan pancung.

Sampin juga tidak lari dari falsafah prinsip agama Islam itu sendiri. Sampin juga memberi erti bahawa aurat bagi lelaki sehingga ke paras lutut. Selain itu tanpa kita sedari prinsip-prinsip@mesej-mesej yang di sampaikan oleh datuk nenek moyang kita menerusi baju melayu tentang Islam juga begitu halus dan unik.

Sebagai contoh sampin harus di pakai dengan meletakkan lipatan kiri di sebelah bawah dan lipatan kanan di sebelah atas. Prinsip lipatan ini berasal dari perbuatan qiam dalam solat(tangan kiri di bawah tangan kanan). Ada juga pendapat yang menyatakan antara falsafah sampin yang lain adalah dengan memakai samping ini dapat mendidik kita supaya menjaga kehormatan diri.

Lantaran dari artikel ini dan artikel sebelum ini (cekak week) terlalu banyak rahsia mengenai Baju Melayu yang belum dapat di uraikan. Kelangsungan rahsia-rahsia ini juga berkait rapat dengan penekanan cara hidup Islam itu sendiri.

Seperti falsafah baju melayu itu yg bertepatan dengan wajib nya kita menjaga seluruh diri kita –hati&jiwa(baju&butang baju melayu ), kemaluan,maruah@harga diri(samping) dan akal(songkok) kita.

Maka usahlah kita malu untuk berpakaian Baju Melayu lengkap dan buanglah sikap memakai baju melayu hanya ketika waktu-waktu tertentu sahaja. Kita mungkin mampu membeli baju atau seluar setiap kali Hari Raya, tetapi kenapa masih menggunakan alasan tidak membeli baju melayu tahun ini kerana baju melayu tahun lepas masih elok (di khuatiri membazir).

Apakah baju melayu tidak boleh di pakai ketika solat?? Sama-sama berfikir……..

Rujukan:

Tags: ,

Trackback from your site.

Leave a comment