• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Jemputan ke Majlis Penerangan PSSCMUIAM

Cetak PDF

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, pada setiap semester, PSSCMUIAM akan menganjurkan majlis penerangan bersempena dengan Minggu Pengambilan Ahli PSSCMUIAM yang baru, bagi memberi penerangan tentang latar belakang dan informasi yang lebih lanjut tentang Silat Cekak kepada komuniti pelajar UIAM. Sehubungan dengan itu, pada semester ini, PSSCMUIAM akan mengadakan Majlis Penerangan seperti butiran yang berikut:

  • Tarikh: Selasa, 2/2/2010
  • Tempat: Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan, LT 2
  • Masa: 9.00 mlm

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Silat Cekak, anda dialu-alukan untuk menghadiri Majlis Penerangan ini. Pelbagai informasi dan maklumat seperti sejarah, latar belakang, matapelajaran, serta kelebihan mempelajari Silat Cekak akan disampaikan kepada anda pada majlis tersebut. Tidak lupa juga, anda akan dipersembahkan dengan demonstrasi mata pelajaran Silat Cekak serta demonstrasi silat dari Skuad Demonstrasi PSSCMUIAM.

Ayuh jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda disana :)

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

Pengumuman Pemenang Peraduan Forum Posting Terbanyak Bulan Januari

Cetak PDF

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, baru-baru ini PSSCMUIAM Online telah mengadakan peraduan Forum Posting Terbanyak untuk bulan Januari dalam laman Forum PSSCMUIAM Online, dan pada hari Selasa yang lepas (19hb Januari 2010) telah berlangsungnya penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang peraduan tersebut. Berikut adalah pemenang-pemenang Forum Posting Terbanyak untuk bulan Januari:

Tempat Pertama:

Nor Aiman Bin Sukindar (nickname: @iman)

Tempat Kedua:

Intan Sapura Aina Bt Mohd Yusoff (nickname: intan)

Tempat Ketiga:

Che Ku Sarah Nur Akmal bt Che Ku Bujang (nickname: sara)

 

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang peraduan ini.

Kepada ahli-ahli yang lain yang turut serta menyertai dan memeriahkan peraduan ini, tahniah dan terima kasih diucapkan. Peluang untuk memenangi peraduan ini masih terbuka untuk bulan Februari pula. Jadi jangan lepaskan peluang, post sebanyak mungkin di dalam Forum PSSCMUIAM Online.  Tarikh tutup untuk peraduan Forum Posting Terbanyak bulan Februari adalah pada 17 Februari 2010. Ayuh apa tunggu lagi :)

Demo Silat Majlis Penutup Karnival Sukan Universiti UIAM

Cetak PDF

Bersempena dengan Majlis Penutupan Karnival Sukan Universiti UIA (IIUM University Sports Carnival) yang diadakan pada 23 Disember 2009 yang lepas, skuad demo PSSCMUIAM telah dijemput khas untuk mengadakan persembahan demonstrasi.

Majlis penutup ini bermula pada jam 8:30 malam dengan berlangsungnya perarakan kontinjen-kontinjen atlet dengan persembahan masing-masing. Kira-kira jam 10.00 malam, skuad demonstrasi kemudiannya mempersembahkan demonstrasi Silat Cekak sejurus selepas perasmian penutupan majlis.

Majlis penutupan ini dihadiri oleh Rektor UIA iaitu Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid. Seramai 16 orang ahli demo PSSCMUIAM terlibat dalam persembahan demonstrasi kali ini iaitu 8 ahli lelaki dan 8 ahli perempuan. Wakil dari Jabatan Penerangan PSSCM iaitu Encik Taqiuddin juga hadir pada malam tersebut selain Penyelia PSSCMUIAM, Encik Fuad Bin Arshad dan para jurulatih yang lain.

Jemputan khas yang diberikan oleh pihak universiti ini dilihat sebagai salah satu peluang yang baik untuk PSSCMUIAM mempromosikan Silat Cekak Malaysia di kalangan para pelajar.

Pengumuman Peraduan Portal PSSCMUIAM

Cetak PDF
Assalamualaikum..
Bermula minggu ni (16 Disember 2009) pihak webteam akan menganjurkan 2 peraduan terbuka kepada semua ahli PSSCMUIAM iaitu:

  1. Peraduan forum posting terbanyak:
    • Terbuka kepada semua ahli PSSCMUIAM
    • Tempoh peraduan ini adalah untuk satu bulan dan akan bermula semula untuk bulan berikutnya.
    • Kriteria pemenang dibuat berdasarkan kepada ahli yang membuat posting terbanyak di dalam mana-mana topik dalam Forum Portal PSSCMUIAM Online.
    • Pengiraan posting terbanyak akan dibuat setelah cukup tempoh satu bulan peraduan (untuk bulan ini, 16 Januari 2010) dan 3 orang pemenang akan dipilih setiap bulan (sehingga hujung semester ini)
    • Pemenang peraduan forum posting terbanyak akan diumumkan semasa kelas dan hadiah akan diberikan pada waktu yang sama.
  2. Peraduan Class-Vote (Undi Kelas Anda)
    • Terbuka kepada semua ahli PSSCMUIAM mengikut kelas masing-masing (Asas, Jatuh, Potong, Umum dan Tamat).
    • Undian untuk kelas anda boleh dibuat pada Peti Undian yang terletak dibahagian kanan website
    • Kriteria dibuat berdasarkan kepada ahli yang membuat undian terbanyak untuk kelas masing-masing.
    • Tempoh peraduan bermula minggu ni (16 Disember 2009) sehingga akhir semester ini.
    • Kelas yang mendapat undian terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.


Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang, hadiah menarik menanti anda. Selamat maju jaya :)

 

Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan dan Keputusan Pertandingan

Cetak PDF

Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3 yang dianjurkan oleh PSSCMUiTM telah diadakan pada 12 dan 13 Disember 2009 yang lepas, bertempat di Kampus UiTM Puncak Alam, Selangor. Pertandingan Persembahan Karnival Wajadiri IPT kali ini disertai oleh 32 pasukan dari 26 IPTA dan IPTS seluruh negara. Sebanyak 23 pasukan dari kategori Putera dan 9 pasukan dari Kategori Puteri menyertai wajadiri kali ini. PSSCMUIAM telah menghantar dua pasukan sebagai wakil untuk bertanding.

Majlis perasmian Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3 ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Raduan Che Ros, Penasihat Khas Kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai mewakili Y.B. Menteri. Selesai majlis perasmian, pertandingan dimulakan pada jam 12 tengah hari. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan.

Pada sebelah malam pula berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3. Semasa majlis makan malam berlangsung,  hadirin dihiburkan dengan persembahan Demonstrasi Parang Lading, Demonstrasi Silat Tari dan juga Tayangan video dari PSSCMUiTM. Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah telah memberikan ucapan selepas hadirin selesai menjamah juadah yang dihidangkan.

Majlis penutup dan pengumuman pemenang berlansung pada 13 Disember. Pada majlis penutup ini, juara keseluruhan bagi kategori Putera(Politeknik Sultan Azlan Shah) dan Juara Keseluruhan bagi Kategori Puteri (Universiti Teknologi MARA, Pahang) serta Juara Jemputan dari cawangan mengadakan persembahan demonstrasi. Selain itu, sesi mengambil gambar bagi setiap pasukan yang bertanding juga diadakan. Majlis diakhiri dengan sesi nyanyian lagu rasmi PSSCM, Warisan Mutlak.

Pasukan Puteri dari PSSCMUIAM berjaya mendapat Tempat Ketiga bagi Kategori 1,Naib Johan bagi Kategori 2, Tempat Ketiga bagi Kategori 3 dan Pasukan Puteri Harapan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan Puteri dan Putera PSSCMUIAM atas kemenangan yang diperolehi dan juga kerana telah memberikan yang terbaik dalam Karnival Wajadiri IPT kali ini.

Untuk senarai keputusan Wajadiri IPT kali ke-3, sila klik disini

Sumber berita: http://www.silatcekak.org.my

Log Masuk